23 April 2013

Pakatan Rakyat kalah di garis permulaan larian...


Tidak dinafikan, PRU yang bakal berlangsung tidak lama lagi adalah penentu masa depan kerajaan. Segala cabaran dan dugaan yang akan dialami merupakan asam garam yang akan mematangkan lagi tampuk pimpinan kerajaan yang bakal dipilih nanti.




Penamaan calon yang telah dilakukan menunjukkan bahawa kedua-dua pihak mempunyai kekurangan masing-masing dan malangnya Pakatan Rakyat kelihatan lebih mundur kebelakang sedikit. Dalam kerusi parlimen sebanyak 222 kerusi yang ditandingkan, BN tanding 221 kerusi, Pakatan Rakyat tanding 223 kerusi, satu kerusi berlaku pertindihan.

Tidak seperti PRU yang lepas, BN kali ini tidak lagi boleh goyang kaki dan over confidence untuk menang tanpa bertanding mana-mana kerusi
sebaliknya pada saat akhir calon bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas calon BN tarik diri, BN telah hilang 1 kerusi, tetapi Ibrahim Ali calon Bebas lebih condong kepada BN, jika sebaliknya Ibrahim Ali menang, pasti BN akan dapat kembali kerusi itu.

Jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat, mereka lebih banyak masalah dalam pembahagian kerusi di mana Pas dan PKR masing-masing saling meletakkan calon bertanding kerusi Parlimen mereka di Labuan. Ini juga secara tidak langsung membawa makna Pakatan Rakyat telah pun kalah.



Dari segi pertandingan kerusi Parlimen, UMNO masih lagi peneraju untuk BN, kerana MCA telah pinjamkan 3 kerusi Parlimen termasuk ditambah satu lagi kerusi di Sabah, dimana sebelum ini UMNO hanya ada 117 kerusi kini menjadi 121 kerusi Parlimen yang akan ditandingkan, bermakna UMNO menguasai lebih banyak kerusi daripada 222 kerusi yang akan ditandingkan, jika semua kerusi yang UMNO tandingkan menang, UMNO boleh memerintah secara solo. UMNO juga menguasai 338 kerusi DUN daripada 505, dengan nisbah 66.9 peratus.

Parti ranking kedua dalam BN ialah MCA sebanyak 37 kerusi Parlimen yang ditandingkan, ranking yang ketiga ialah parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak tanding 14 kerusi Parlimen, seterusnya Gerakan 11 kerusi, dan MIC 10 kerusi.

Pakatan Rakyat pula, PKR masih unggul sebagai big brother bertanding 99 kerusi, Pas 73 kerusi dan DAP 51 kerusi. Dimana kerusi DUN Pas tanding 236 kerusi, PKR 172 kerusi dan DAP tanding 102 kerusi.

Maknanya, tulang belakang BN adalah UMNO dan Pakatan Rakyat bergantung kepada PKR dan Pas. Dari segi ranking, UMNO mendahului diikuti Pas barulah PKR di tangga terakhir.


 


Worse come to worse, penaklukkan Putrajaya akan menimbulkan persaingan di antara semua parti. Andai kata DAP menang semua kerusi yang mereka pertandingkan sekalipun, mereka sudah terang-terangan tidak mampu untuk memberi impak yang besar walaupun DAP dalam masyarakat Cina kelihatan begitu hebat, namun jika mereka menang terpaksa menagih bantuan dari sekutu parti yang lain. Bertanding di 51 kerusi parlimen dengan nisbah tidak sampai 23 peratus? Hahahahahaa…


Berlaku perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah, kini seramai 270 calon bebas akan bertanding, sebanyak 90 kerusi Parlimen lawan 3 penjuru, hanya 132 kerusi tanding satu lawan satu. Mungkin calon bebas akan tarik tiket-tiket undi penyokong Pakatan Rakyat, ini tidak menguntungkan kepada Pakatan Rakyat.

Jadi, semuanya bergantung kepada “last minute action” yang akan dilakukan oleh pihak-pihak terbabit sekiranya ingin membuat sebarang perubahan yang mana akan menampakkan lagi momentum parti masing-masing.

No comments:

Post a Comment