01 May 2013

Kekayaan Luar Biasa Anwar Sepanjang PRU-13


Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah seminggu berlangsung ini ialah kemampuan kewangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter.



Sedangkan di masa yang sama para pemimpin PR yang lain dari DAP dan PAS, kebanyakannya hanya mampu menaiki penerbangan biasa sahaja, sama ada menggunakan perkhidmatan Air Asia atau pun MAS.

Jarang yang ada menyewa pesawat atau helikopter peribadi seperti Anwar, kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar.

Kos sewaan per jam jet eksekutif dan helikopter itu bukannya murah, ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi mencecah angka ribuan dan puluh ribu yang bukan calang-calang orang mampu menanggungnya apatah lagi bila hampir setiap hari kemudahan itu digunakan.

Dari satu sudut ia adalah satu kelebihan dalam melancarkan kempen pilihan raya PKR selain memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat, namun di masa yang sama ia juga melambangkan gaya hidup Anwar yang serba mewah.

Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menampung pembelian lori kontena dan bas Jelajah Merdeka Rakyat serta segala kos tanggungan perjalanannya dari utara ke selatan.



Selain itu, gaji dan sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina juga bukan kecil anak perbelanjaannya.

Ini menimbulkan persoalan dari mana Anwar memperoleh dana pilihan raya sepanjang kempen PRU 13 ini sehingga membolehkan dirinya menikmati semua kemudahan ini, nak dikatakan hasil dari duit tabungan sejak dari kecil, agak mustahil.

Hasil tabungan duit dari kecil itu kalau pun ada, nak menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun tak terdaya, inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya dalam kempen PRU-13.

Baru-baru ini timbul dakwaan mengenai dana asing yang mengalir masuk bagi menampung kempen pilihan raya PR, ada kebarangkalian gaya hidup mewah Anwar ini disebabkan dana tersebut. Itu tak mustahil jika dilihat keakraban pemimpin PKR itu dengan pihak asing.

Namun untuk mendapat kepastiannya, Anwar perlu tampil memberi penjelasan kepada umum supaya dapat merungkai tanda tanya. Kalau dapat dijelaskan lagi apa istimewa dirinya berbanding pemimpin PR yang lain sehingga sebegini hebat gaya hidup mewahnya, itu lebih baik.



25 April 2013

Dengarlah lagu ini wahai generasi muda...

Pernah tak korang semua dengar lagu ni? dulu masa mula SK diperdengarkan lagu ni, rasa sangat bosan dan tak kena dengan jiwa muda ni. Tapi lepas dengar 2-3 kali, Alhamdulillah, SK dah mula perasan akan maksud yang sangat mendalam yang terkandung di dalam lagu tu.

Bait-bait lagu yang didendangkan amat menyentuh sanubari SK. Tiap kali SK nyanyikan lagu tu, air mata ni senang je mengalir turun. Bukan nak katakan SK ni hatinya lembut tapi percayalah, lirik lagu ini amat tepat dengan situasi yang berlaku dekat negara kita keitika ini.


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantaraKita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia



Hayati dan fahamilah lagu ini rakan-rakan. Lupakanlah sengketa politik yang ada di antara kita dan bersatulah di bawah satu payung anak bangsa.

HIDUP ANAK BANGSA!!

HIDUP RUMPUN BANGSA!!!

PENGENALAN KEPADA POLITIK.



re-post:

Nota Penulis: Menurut seorang Penyelidik Hal Ehwal Politik daripada International Peace Reaserch Institute (IPRI), Oslo, Norway yang membentangkan syarahannya dalam seminar politik di Technical Universiti Berlin pada tahun 1984 berkata, mana-mana penulisan hal ehwal politik hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada kelemahan atau keburukkan sesebuah pertubuhan atau parti politik yang ditentangnya.


Katanya, terjemahan kepada makna POLITIK adalah berbeza di antara satu negara dengan satu negara lain. Ini kerana di Amerika Syarikat hanya ada 2 parti politik sahaja. Di negara China hanya ada 1 (satu) parti politik sahaja yang wujud tetapi tiada pilihan raya. Di negara Britain ada pelbagai parti politik seperti juga di Malaysia, dan begitulah seterusnya. Makna POLITIK secara standard yang diputuskan oleh IPRI ialah:

Sebuah pertubuhan politik, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan kerajaan, berusaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahaan, sama ada melalui pilihan raya yang telus atau tidak telus, atau melalui syarahan, propaganda, demostrasi, atau melalui rampasan kuasa, atau melancarkan peperangan bersenjata dengan kerajaan, atau melalui cara-cara lain yang boleh menyebabkan kerajaan yang sedia ada itu tumbang.

Catatan: Nik Aziz dan Haji Hadi ada berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pun berpolitik juga. Soalan: Adakah Baginda juga terlibat dalam satu satu daripada cabang-cabang politik seperti di atas? Jawapannya ada tidak.

   

Katanya lagi, penulis hendaklah mengumpulkan segala kelemahan atau keburukkan parti lawan untuk dihebahkan kepada seluruh rakyat dengan harapan majoriti rakyat atau keseluruhan rakyat akan menolak parti tersebut sepanjang masa dan bukannya terhad pada mana-mana pilihan raya sahaja.

Sehubungan dengan itu, penulis hendaklah bebas daripada hanya memuji dan terpengaruh kepada sebuah parti yang disokongnya sahaja. Sebaliknya hendaklah jujur menulis secara profesional dengan sedikit atau beberapa teguran membina kepada ahli parti, atau pemimpin parti atau pun kepada kepimpinan tertinggi dalam parti yang disokongnya itu dengan harapan parti itu akan menjadi lebih kuat dan terpengaruh. Maknanya diterima oleh majoriti rakyat, atau keseluruhan rakyat.

Tanpa teguran membina, pastilah pemimpin parti yang disokong itu akan menjadi lebih sombong serta tidak mahu memperbetulkan apa yang tidak disukai oleh rakyat, dan pastilah rakyat akan menolak pemimpin itu, dan secara tidak langsung, parti itu juga yang pastinya akan ditolak oleh rakyat. Adalah lebih baik pemimpin tertinggi itu disingkirkan lebih awal daripada menjadi pemimpin tertinggi sebelum rakyat membuat keputusan menolaknya, kata Penyelidik (IPRI) itu.

Perkara sepenting begini biasanya tidak disedari oleh mana-mana pemimpin atau ahli parti politik.

Ditekan di sini, mana-mana penulis yang hanya menghentam sebuah parti politik lawan sahaja tanpa menegur kepimpinan parti yang disokongnya itu pastilah akan dianggap seperti air masin yang tidak boleh diminum. Tulisan itu perlu ditolak secara mandotori.

Penulis hendaklah pandai mengimbang supaya penulisannya itu akan lebih menarik dibaca oleh semua golongan, dan yang penting mampu menarik keluar ahli parti lawan supaya menyokong partinya. Disinilah letaknya kebijaksanaan penulis supaya penulisannya itu akan mendapat perhatian ramai dan ingin dibaca oleh semua peringkat tanpa jemu, dan mampu mempengaruhi para pembaca untuk menyokong tulisannya, dan seterusnya menyokong parti politik yang disokongnya.

Setiap penulisan politik tetap akan dianggap sebagai telah berjaya mencipta SENJATA NUKLEAR yang boleh memusnahkan sesebuah negara dan merosakkan seluruh alam seketiar, ini hanya perumpamaan sahaja. Oleh itu penulis hendaklah tahu bagaimana untuk melancarkan senjata nuklear itu sama ada melalui pelancar roket jarak sederhana, atau melalui pelancar roket jarak jauh, serta mempunyai operator pelancar yang mahir dan berkebolehan. Penulis itu sendiri hendaklah merancang dan melaksanakannya. Jika tidak, penulisan yang dikatakan hebat itu akan menjadi sia-sia.

Hari ini dan sejak sekian lama, dan mungkin juga pada tahun-tahun berikutnya, penulis biasanya akan mengalami kegagalan untuk melancarkan serangan jika tidak mendapat sokongan daripada pemimpin atasan dalam mana-mana parti politik. Oleh itu pemimpin tertinggi dalam mana-mana parti politik hendaklah bijak mengesan mana-mana penulis yang hebat.

Mana-mana penulis yang hebat adalah wajar menjadi pembantu rapat, atau penasihat kepada pemimpin tertinggi dalam mana-mana parti politik. Jika saranan ini tidak dipedulikan, ada kemungkinan juga penulis yang hebat itu akan bertukar baju perjuangan kepada parti lain, dan jika ini terjadi maka parti yang selama ini disokong oleh penulis tersebut pastilah akan terjejas teruk.

Seperti juga mana-mana pemain bolasepak di barisan serangan. Jika pemain itu berpindah ke pasukan lain, pastilah pasukan baru tersebut akan menjadi lebih kuat daripada sekarang.

Ringkas, ulangi! Mana-mana penulisan yang hanya memburukkan parti lawan sahaja tanpa menegur parti yang disokongnya itu akan membawa kepada ketidaksukaan orang ramai untuk membaca tulisannya.

Mana-mana penulisan hendaklah mempunyai tujuan iaitu untuk membangunkan negara dan mencorakkan rakyatnya sebagai rakyat kelas pertama. Sesebuah parti politik boleh memainkan peranan ke arah itu jika penulis berani berkata sesuatu yang benar tanpa takut, semata-mata untuk negaranya.

Pemimpin yang jujur ialah pemimpin yang menjadi pendengar yang baik serta boleh menerima apa yang ditegur itu, maknanya tidak degil.

23 April 2013

Pakatan Rakyat kalah di garis permulaan larian...


Tidak dinafikan, PRU yang bakal berlangsung tidak lama lagi adalah penentu masa depan kerajaan. Segala cabaran dan dugaan yang akan dialami merupakan asam garam yang akan mematangkan lagi tampuk pimpinan kerajaan yang bakal dipilih nanti.




Penamaan calon yang telah dilakukan menunjukkan bahawa kedua-dua pihak mempunyai kekurangan masing-masing dan malangnya Pakatan Rakyat kelihatan lebih mundur kebelakang sedikit. Dalam kerusi parlimen sebanyak 222 kerusi yang ditandingkan, BN tanding 221 kerusi, Pakatan Rakyat tanding 223 kerusi, satu kerusi berlaku pertindihan.

Tidak seperti PRU yang lepas, BN kali ini tidak lagi boleh goyang kaki dan over confidence untuk menang tanpa bertanding mana-mana kerusi
sebaliknya pada saat akhir calon bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas calon BN tarik diri, BN telah hilang 1 kerusi, tetapi Ibrahim Ali calon Bebas lebih condong kepada BN, jika sebaliknya Ibrahim Ali menang, pasti BN akan dapat kembali kerusi itu.

Jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat, mereka lebih banyak masalah dalam pembahagian kerusi di mana Pas dan PKR masing-masing saling meletakkan calon bertanding kerusi Parlimen mereka di Labuan. Ini juga secara tidak langsung membawa makna Pakatan Rakyat telah pun kalah.



Dari segi pertandingan kerusi Parlimen, UMNO masih lagi peneraju untuk BN, kerana MCA telah pinjamkan 3 kerusi Parlimen termasuk ditambah satu lagi kerusi di Sabah, dimana sebelum ini UMNO hanya ada 117 kerusi kini menjadi 121 kerusi Parlimen yang akan ditandingkan, bermakna UMNO menguasai lebih banyak kerusi daripada 222 kerusi yang akan ditandingkan, jika semua kerusi yang UMNO tandingkan menang, UMNO boleh memerintah secara solo. UMNO juga menguasai 338 kerusi DUN daripada 505, dengan nisbah 66.9 peratus.

Parti ranking kedua dalam BN ialah MCA sebanyak 37 kerusi Parlimen yang ditandingkan, ranking yang ketiga ialah parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak tanding 14 kerusi Parlimen, seterusnya Gerakan 11 kerusi, dan MIC 10 kerusi.

Pakatan Rakyat pula, PKR masih unggul sebagai big brother bertanding 99 kerusi, Pas 73 kerusi dan DAP 51 kerusi. Dimana kerusi DUN Pas tanding 236 kerusi, PKR 172 kerusi dan DAP tanding 102 kerusi.

Maknanya, tulang belakang BN adalah UMNO dan Pakatan Rakyat bergantung kepada PKR dan Pas. Dari segi ranking, UMNO mendahului diikuti Pas barulah PKR di tangga terakhir.


 


Worse come to worse, penaklukkan Putrajaya akan menimbulkan persaingan di antara semua parti. Andai kata DAP menang semua kerusi yang mereka pertandingkan sekalipun, mereka sudah terang-terangan tidak mampu untuk memberi impak yang besar walaupun DAP dalam masyarakat Cina kelihatan begitu hebat, namun jika mereka menang terpaksa menagih bantuan dari sekutu parti yang lain. Bertanding di 51 kerusi parlimen dengan nisbah tidak sampai 23 peratus? Hahahahahaa…


Berlaku perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah, kini seramai 270 calon bebas akan bertanding, sebanyak 90 kerusi Parlimen lawan 3 penjuru, hanya 132 kerusi tanding satu lawan satu. Mungkin calon bebas akan tarik tiket-tiket undi penyokong Pakatan Rakyat, ini tidak menguntungkan kepada Pakatan Rakyat.

Jadi, semuanya bergantung kepada “last minute action” yang akan dilakukan oleh pihak-pihak terbabit sekiranya ingin membuat sebarang perubahan yang mana akan menampakkan lagi momentum parti masing-masing.

15 April 2013


ide apa lagi bang??
"Bangga melihat ukhwah dan semangat pelajar UiTM yang bersatu menolak mereka atas nama #UiTM"

 "Dulu naif jugak hampir percaya apa yg mereka ckp.Tapi lepas dengar dan lihat dengan kepala sendiri.baru tahu budak2 ni memang kaki kencing.hidup UiTM!!!"

                                                                                  

Ini antara merupakan reaksi pelajar-pelajar Uitm Shah Alam mengenai isu GM13 yg datang melanda universiti mereka baru-baru ini. Reaksi mereka dikatakan keterlaluan tp pada pandangan saya, ianya biasa-biasa saja kalau nk dibandingkan dengan apa yang pihak lagi satu cuba nk putarkan. hmmmmmmm....

APA ITU GM13?
Gabungan 13 kumpulan mahasiswa menubuhkan Gerakan Mahasiswa PRU ke-13 (GM13) dengan menyediakan sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa yang memberikan fokus sepenuh masa bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
kerah? paksa? sukarela?


Tidak ada profesionalisme dalam penubuhan GM PRU13 yang mana dengan sesuka hati mengiktiraf diri mereka dan melancarkan kempen politik. GM PRU13 juga membuat tuduhan yang mengatakan bahawa ada sesetengah pihak universiti yang membenarkan dewan-dewan kuliah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan pembangkang dan aktivis mahasiswa, sebenarnya tidak pernah berlaku.
rentetan isu yang berlaku di cawangan Universiti Malaysia Sabah 




 eh akak ni, sempat lagi ambil gambar?? bosan la tu..datang program yang tak berfaedah kan? :)


Bila Mahasewel GM 13 ni datang pulak dekat Pekan, Pahang, penduduk kampung tidak selesa..bukannya menggugut..mereka menasihat....nasihat..dan nasihat....sampai jer kat Meloyakini terus di spin kata penduduk Kampung ugut budak-budak tak guna...kalau dah lidah rasmi cacai tu kalau tak spin tak sah!!! nanti spinlah bukan-bukan kata penduduk kampung takut dengan    mahasiswa..haha